Izanoriza

SETIAP SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA

Manusia dan air laut sama sahaja….kedua2nya berubah mengikut musim

Empat tahun berlalu menjadikan diri semakin matang dalam kehidupan. Tidak perlu lagi memikirkan perkara yang lepas yang tentunya mengananggu rutin hidup, cara berfikir dan bertindak sehingga terlupa adanya Allah untuk mengadu dan meminta. Kembali ke pangkal jalan umpama sesuatu yang sangat bermakna setelah hilang arah dan punca akibat terlalu sayangkan manusia yang belum tentu dapat membawa kita ke jalan Allah. Diri ini memang tidak sesempurna Khadijah atau Aisyah yang setia bersama Rasullah dalam susah dan senang, kerana aku hanya insan biasa yang terkadang lupa mencari makna dalam kehidupan.

Apa yang dilalui hari ini berkat kesabaran dan doa ibuku yang tidak putus2 untuk melihatku mampu berdiri seperti dahulu. Alhamdullilah kehidupan semakin baik apabila diri kenal pada Pencipta, redha atas ketentuan dan usaha keluar dari belenggu malap…..istiqamah agar hidup terus berlandaskan keimanan pada yang satu dan memilih yang terbaik dalam hidup untuk membawa ke jalan syurga.

Tinggal kenangan

sedih bile ape yang yang diimpikan tidak menjadi kenyataan…..entah ape yg akan berlaku lagi. Redha dan pasrah aje dengan ketentuan Allah sbb perancangan Dia untuk kita adalah lebih baik daripada perancangan kita sendiri.

Interaksi Dalam Pendidikan

 

Slide Show powerpoint

Interaksi Dalam Pendidikan

Pendekatan Psikologi Dalam Masalah Pembelajaran

Teori Dan Pendekatan Psikologi Dalam Masalah Pembelajaran

Bahasa Melayu (Ringkasan)

1.0 Pendahuluan

Tajuk ini akan membincangkan berkaitan teori dan pendekatan psikologi dalam masalah pembelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu. Terdapat banyak teori dan pendekatan psikologi yang boleh diguna pakai oleh guru untuk mengatasi masalah pembelajaran di sekolah. Berikut adalah beberapa teori dan pendekatan psikologi yang sering dikaitkan dalam bidang pendidikan:

  1. A.                Teori Perkembangan Manusia
  2. Teori Psikoanalisis Sigmund Freud
  3. Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
  4. Teori Perkembangan Psikososial Erikson
  5. Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif
  6. Teori Ethologi Lorenz
  7. Teori Perkembangan Ekologi Bronfenbenner
  8. Teori Perkembangan Pergerakan (Motor) Arnol Gesell
  9. Teori Tugas Perkembangan Robert Havigburst

B.        Teori Pembelajaran

  1. Teori Pembelajaran Behaviorisme

i.         Teori Pelaziman Klasik Pavlov

ii.         Teori Pelaziman Klasik Watson

iii.         Teori Pelaziman Operan Skinner

iv.         Teori Pelaziman Operan Thorndike

  1. Teori Pembelajaran Sosial
  2. Teori Pembelajaran Kognitif
  3. Teori Pembelajaran Gestalt
  4. Teori Pembelajaran Gagne
  5. Teori Pembelajaran Ausubel
  6. Teori Pembelajaran Bruner
  7. Teori Pembelajaran Kontruktivisme
    1. C.       Pendekatan Psikologi
    2. Pendekatan Behaviorisme
    3.  Pendekatan Psikososial
    4.  Pendekatan Humanistik
    5.  Pendekatan Biologi
    6.  Pendekatan Kognitifisme
    7. Teori Pembelajaran Sosial Bandura

 

2.0 Objektif

Di akhir penulisan ini, terdapat dua teori yang boleh di gunapakai atau dipraktikkan oleh guru-guru subjek bahasa Melayu yang menghadapi masalah pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar Cina di sekolah. Dalam tajuk ini, penekanan diberikan pada soalan berbentuk penulisan iaitu soalan di dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bahagian A(i) iaitu Ringkasan. Terdapat model jawapan ‘ringkasan’ yang mudah difahami oleh pelajar-pelajar yang lemah dalam pengguasaan bahasa Melayu.

 

3.0 Definisi

3.1 Definisi Masalah

Masalah (bahasa Inggeris: problem) kata yang digunakan untuk menggambarkan suatu keadaan yang bersumber dari hubungan antara dua faktor atau lebih yang menghasilkan situasi membinggungkan. Masalah biasanya dianggap sebagai suatu keadaan yang harus diselasaikan. Umumnya masalah disedari ada saat seseorang individu menyedari keadaan yang dihadapi tidak sesuai dengan keadaan yang diinginkan.

3.2 Definisi Pembelajaran

Pembelajaran adalah setiap perubahan perilaku yang relatif kekal terjadi sebagai hasil dari pengalaman. Definisi sebelumnya menyatakan bahawa seorang manusia dapat melihat perubahan terjadi tetapi tidak pembelajaran itu sendiri.

3.3 Definisi Masalah Pembelajaran

Masalah pembelajaran didefinisikan sebagai masalah dalam satu atau lebih daripada proses psikologi melibatkan pemahaman atau penggunaan bahasa sama ada pertuturan atau penulisan di mana masalah yang dihadapi mengakibatkan kebolehan mendengar, berfikir, bertutur dan membaca yang tidak sempurna. Ini tidak termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran akibat daripada ketidakupayaan penglihatan, pendengaran dan motor, kerencatan akal, gangguan emosi atau kekurangan dalam persekitaran, budaya atau ekonomi.

The National Joint Committee On Learning Disability (NJCLD,1990) mentakrifkan masalah pembelajaran sebagai merujuk kepada kumpulan masalah yang pelbagai yang mengakibatkan kesukaran yang nyata seperti mendengar, bertutur, membaca, menulis, membuat keputusan atau menyelesaikan masalah matematik. Masalah ini berpunca daripada ketidakfungsian sistem saraf pusat dan boleh berlaku pada bila-bila tahap umur. Masalah mengawal tingkah laku, persepsi dan interaksi sosial mungkin wujud bersama masalah pembelajaran tetapi ia sendiri tidak akan menyebabkan kepada berlakunya masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran mungkin wujud seiring dengan ketidakupayaan lain seperti sensori, kerencatan mental atau gangguan emosi.

Secara kesimpulannya, pelajar bermasalah pembelajaran terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan belajar disebabkan oleh masalah pemahaman, pertuturan, penulisan dan penyelesaian masalah matematik. Ini tidak termasuk masalah pembelajaran disebabkan oleh kerencatan mental, kurang upaya penglihatan, pendengaran, gangguan emosi dan tingkah laku.

3.4 Definisi Bahasa Melayu

Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu adalah sebagai pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia.

Bahasa Melayu sekolah menengah bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat.

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi tiga bidang penggunaan bahasa, iaitu Bidang Interpersona, Bidang Maklumat dan Bidang Estetik.Penumpuan pada bidang-bidang ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang pekerjaan dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup. Disamping itu, komponen kesusasteraan Melayu diharapkan akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu juga memberikan pertimbangan pada pelbagai gaya pembelajaran,minat dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid.

Silibus Bahasa Melayu bagi sekolah menengah rendah terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

i.            Sistem Bahasa

ii.            Karangan

iii.            Ringkasan Dan Pemahaman

iv.            KOMSAS (komponen sastera)

v.            Novel

3.5 Ringkasan

Ringkasan adalah salah satu soalan yang wajib dijawab di dalam Kertas 2 Bahasa Melayu bagi pelajar-pelajar menengah rendah. Untuk menjawab soalan ringkasan, pelajar dikehendaki membaca satu petikan dengan teliti dan menulis sebuah ringkasan berdasarkan kata kunci yang diberikan. Kata kunci biasanya diblodkan dalam arahan yang diberikan. Panjang ringkasan yang ditulis mestilah tidak melebihi 80 patah perkataan. Markah yang diperuntukan dalam soalan ini adalah 20 markah daripada 100 markah keseluruhannya.

4.0 Masalah Pembelajaran – Pelajar-Pelajar Berbangsa Cina Lemah Dalam Subjek Bahasa Melayu (Masalah Tidak Mahir Menjawab Soalan Ringkasan)

4.1 Pendahuluan –  Penyataan Masalah

Masalah ini bertumpu kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1 Kuning di Sekolah Menengah Notre Dame Convent, Melaka. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada lebih kurang 35 orang di mana kesemuanya adalah perempuan dan berbangsa Cina. Mereka ini datangnya dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) sekitar Bandar Melaka. Pelajar-pelajar ini adalah kelas ke-4 daripada tujuh buah kelas di mana pelajar-pelajar telah disusun mengikut pencapaian mereka di dalam peperiksaan UPSR. Majoriti di dalam kelas ini mendapat 1A (pelbagai subjek) dalam peperiksaan UPSR. Daripada penjelasan di atas, pelajar-pelajar ini berada di tahap pertengahan di samping lemah dalam memahami bahasa Melayu secara keseluruhannya.

4.2  Faktor-Faktor Pelajar-Pelajar Cina Lemah Menjawab Ringkasan

4.2.1    Sikap pelajar

Pelajar-pelajar Cina menganggap bahasa Melayu tidak penting dan sangat susah untuk difahami. Perkara ini tersemat di dalam fikiran mereka kerana kurangnya pendedahan tentang kepentingan penggunaan bahasa Melayu dalam  kehidupan mereka. Sikap pelajar juga agak malas dan tidak bersungguh-sungguh dalam membuat latihan yang diberikan. Sikap meniru latihan daripada rakan-rakan akan menambahkan kesulitan dalam menguasai subjek bahasa Melayu. Sikap malu bertanya kepada guru tentang sesuatu yang tidak difahami turut menyumbang kepada permasalahan ini. Antara sebab mereka malu bertanya adalah kerana tidak boleh bertutur dengan baik dan bimbang guru tidak faham apa yang ingin mereka sampaikan. Maka, masalah yang dihadapi tidak akan dapat dibantu oleh guru dan semakin lama, ketidakfahaman mereka bertambah buruk. Sikap malas membaca bahan-bahan penulisan seperti surat khabar, majalah, novel dan cerpen dalam bahasa Melayu juga antara punca pelajar-pelajar Cina lemah dalam menguasai bahasa Melayu.

4.2.2        Persekitaran

Jika diambil sejarah pembelajaran Bahasa Melayu, pelajar-pelajar ini hanya didedahkan dengan penggunaan Bahasa Melayu hanya dalam subjek Bahasa Melayu. Kebanyakan subjek sekolah rendah di SRJKC seperti Matematik, Sains dan Pendidikan Moral menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Cina sebagai bahasa pengantar. Guru-guru bertutur dengan menggunakan bahasa Cina semasa proses P&P kerana bahasa ini lebih mudah difahami oleh pelajar-pelajar.

Selain itu, hampir 95% percakapan atau pertuturan mereka di sekolah menggunakan bahasa Cina sama ada semasa berkomunikasi dengan guru-guru atau rakan-rakan yang sebangsa dengan mereka. Mereka hanya berkomunikasi dalam bahasa melayu semasa proses P&P subjek bahasa Melayu di dalam kelas. Itu pun tidak semua pelajar memainkan peranan aktif semasa P&P bahasa Melayu dijalankan. Ini disebabkan oleh ada juga pelajar yang hanya berdiam diri dan tidak mahu belajar menguasai apa yang disampaikan oleh guru. Kemungkinan juga pelajar-pelajar bertindak sebegitu kerana mereka tidak faham apa yang disampaikan oleh guru.

Di samping itu juga, pelajar-pelajar ini sering menggunakan bahasa Cina untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga di rumah dan dengan rakan-rakan sepermainan di kawasan perumahan berhampiran. Ibu bapa juga kurang menekankan kepada anak-anak tentang kepentingan bahasa Melayu dalam kehidupan mereka pada masa akan datang di mana mereka akan berinteraksi dalam bahasa Melayu bagi kebanyakan urusan apabila besar nanti. Tambahan pula, pelajar-pelajar Cina hanya berminat menonton televisyen yang menayangkan drama atau filem dalam bahasa Cina berbanding bahasa lain. Keadaan ini berlaku kerana mereka tidak faham isi cerita yang disampaikan dalam bahasa lain selain daripada bahasa Cina.

Justeru itu, jelas bahawa persekitaran amat mempengaruhi kelemahan penguasaan bahasa Melayu di kalangan pelajar-pelajar berbangsa Cina. Bahasa Cina menjadi sebati dalam jiwa anak-anak ini disebabkan kekerapan menggunakannya dalam kehidupan seharian mereka.

 

 

4.3  Teori dan Pendekatan Psikologi

Dalam menyelesaikan masalah untuk menjawab soalan ringkasan ini, dua teori dicadangkan untuk mengatasinya iaitu Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget untuk menyelesaikan masalah sikap pelajar dan Teori Pelaziman Operan Skinner untuk mengatasi masalah persekitaran. Sebelum permasalahan pelajar dikaitkan dengan teori-teori ini, kita akan mengenal pasti fakta-fakta penting yang terdapat di dalam teori-teori ini seperti yang telah dikaji oleh ahli-ahli psikologinya.

4.3.1        Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget.

Teori ini diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi kanak-kanak iaitu Jean Piaget (1896-1980). Berasaskan pemerhatian beliau yang sistematik ke atas tiga orang anaknya, beliau mengaplikasikan prinsip dan metod biologi di dalam mengkaji perkembangan manusia Menurut Piaget, kanak-kanak aktif membentuk kefahaman terhadap persekitaran melalui empat tahap perkembangan kognitif. Dua proses penting di dalam membina kefahaman ialah organisasi dan adaptasi. Contohnya, kebolehan kita memisahkan antara idea yang utama dengan idea yang kurang penting dan kebolehan kita untuk membandingkannya.

Menurutnya, kita bukan sahaja mengorganisasikan segala pemerhatian dan pengalaman, tetapi kita juga mengadapatasikan pemikiran kita dengan memasukkan idea baru bagi menambahkan lagi kefahaman terhadap sesuatu perkara. Piaget (1954), percaya proses adaptasi dilakukan dengan dua cara iaitu melalui proses asimilasi dan proses akomodasi. Asimilasi bererti menambah maklumat baru atau memperkaya struktur kognitif yang telah sedia ada. Manakala, akomodasi bermaksud mengubahsuai skemata yang telah sedia ada untuk memahami maklumat baru.

Piaget percaya perkembangan berlaku dalam tahap-tahap perubahan melalui equilibration (penyeimbangan), keadaan yang menyebabkan kanak-kanak mencari suatu keseimbangan di antara apa yang di alami dalam persekitaran dengan proses dan struktur kognitif yang sedia ada. Equilibration melibatkan tiga proses. Proses pertama, kanak-kanak dikatakan berada dalam keseimbangan apabila skema dan tahap pemikirannya cukup sesuai atau adaptasi dengan persekitaran. Proses kedua, kanak-kanak diberikan informasi yang tidak sesuai dengan skema yang sedia ada. Oleh itu, ketidakseimbangan kognitif muncul dan mereka kurang menghadapi cabaran-cabaran baru. Jadi, kanak-kanak cuba untuk mengembalikan keseimbangan melalui asimilasi, keadaan dimana informasi baru diserap dalam skema kanak-kanak yang sedia ada. Proses ketiga, Piaget mencadangkan akomodasi iaitu mengubah skema yang tersedia untuk disesuaikan dengan informasi baru yang relevan tentang persekitaran. Dengan itu, tahap pemikiran yang lebih tinggi akan wujud. Justeru, proses-proses ini akan mengakibatkan tahap keseimbangan yang kukuh kepada individu, iaitu tahap penyesuaian yang tinggi.

4.3.2        Teori Pelaziman Operan Skinner

Teori ini diperkenalkan oleh B.F Skinner (1904-1990) menyatakan bahawa perlakuan harus diperhatikan di dalam jangka masa yang panjang dan membentuk perlakuan yang kompleks daripada perlakuan yang mudah. Skinner banyak menjalankan kajian dengan menggunakan binatang seperti tikus dan burung merpati. Beliau menghasilkan “Skinner Box” di mana tingkah laku binatang di dalam kotak tersebut boleh dikawal dan gerak balasnya dihitung. Teori ini membawa beliau kepada penggunaan teori pelaziman operan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Skinner mengatakan jika pelajar menerima sesuatu gerak balas yang memuaskan setelah  sesuatu tingkah laku dipamerkan itu dinamakan peneguhan. Peneguhan adalah perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulangi atau tidak diulangi. Peneguhan diberikan untuk pertamanya, memuaskan kehendak; keduanya, mengurangkan tekanan dan merangsang otak. Skinner membahagikan peneguhan kepada dua jenis, iaitu peneguhan positif (ganjaran)  untuk mengulangi perlakuan dan peneguhan negatif (dendaan) untuk tidak mengulangi perlakuan. Terdapat pelbagai jenis peneguhan positif dan ini termasuk peneguhan konkrit (makanan, alat permainan, setem, pelekat), peneguhan social (senyuman, perhatian, pujian, penghargaan) dan peneguh aktiviti (aktiviti yang disukai).

Pelaziman operan hanya boleh berlaku dengan tiga syarat:

i.      Individu mesti membuat tindak balas

ii.      Suatu peneguhan mesti mengikuti gerak balas

iii.      Peneguhan mesti diberi hanya apabila gerak balas telah berlaku

4.4     Cadangan Penyelesaian Masalah Berdasarkan Teori Psikologi

4.4.1             Sikap Pelajar- Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget

Dalam mengatasi masalah pembelajaran iaitu berhadapan dengan sikap pelajar yang dikatakan agak malas berusaha atau tidak ambil peduli dalam menguasai bahasa Melayu, Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget diaplikasikan. Melalui teori ini, guru mestilah bertindak sebagai pemudah cara untuk menyelesaikan masalah menjawab soalan ringkasan ini. Dengan menggunakan teori ini, guru mestilah membentuk keseimbangan kepada pelajar dengan mengajar satu cara termudah menjawab soalan. Kemudian memberikan beberapa contoh soalan ringkasan yang lain di mana mewujudkan ketidakseimbangan dalam memahami soalan. Dalam ketidakseimbangan pelajar-pelajar memahami soalan berikutnya ini akan menyebabkan pelajar menyerap maklumat baru dan menyesuaikan dengan cara mencari isi-isi penting Lantas guru juga mesti mengajar murid mengasimilasikan cara mencari isi-isi penting dengan merujuk jadual. Jadual 1.0 berikut menunjukkan padanan kata kunci dan isi-isi penting dalam petikan. Kata kunci daripada soalan yang diberikan adalah panduan utama kepada pelajar mencari isi-isi penting. Daripada kata kunci yang telah dikenal pasti, pelajar-pelajar akan dapat mencari isi-isi penting di dalam petikan dengan mudah.

Kata kunci Isi-isi penting (ayat-ayat dalam petikan dimulai dengan perkataan berikut)
Punca-punca, sebab-sebab, faktor-faktor oleh, dari
Kesan-kesan, akibat-akibat akan,
Faedah-faedah, kebaikan dapat, untuk
Langkah-langkah boleh, perlu, harus, mesti

Jadual1.0: Kata kunci dan pemulaan ayat dalam petikan

Selepas mengenal pasti isi-isi penting di dalam petikan, pelajar-pelajar hendaklah menggariskan  isi-isi penting itu. Pelajar harus mencari sekurang-kurangnya lima isi penting berdasarkan kata kunci untuk merangka penulisan ringkasan. Kelima-lima isi penting itu nanti akan diolah dalam bentuk penulisan ringkasan dan ditambah dengan penggunaan penanda wacana untuk menjadikan ayat lebih gramatis.

Masalah pelajar seterusnya adalah tidak tahu bagaimana mahu memulakan penulisan ringkasan mengikut format yang betul. Kurangnya latihan menjawab soalan berbentuk ringkasan ini akan menyebabkan pelajar-pelajar tidak mahir dalam menulis ringkasan. Mengikut skema jawapan yang telah digariskan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR), penulisan ringkasan mestilah dimulai dengan menjurus kepada kata kunci yang diberikan seperti yang telah dihitankan di dalam arahan soalan.

Kemudian, dengan mengetahui punca utama pelajar tidak dapat memulakan penulisan ringkasan mereka, guru telah membuat satu model ringkasan yang boleh diguna pakai untuk semua soalan ringkasan. Dalam model ringkasan ini, hanya tajuk dan isi-isi penting sahaja yang berubah-ubah mengikut soalan ringkasan yang diberikan, manakala perkataan lain boleh diguna pakai dalam mana-mana soalan ringkasan. Dengan model ini, pelajar-pelajar telah ada satu keseimbangan di mana mereka boleh terus menulis ringkasan berdasarkan isi-isi penting yang telah digariskan tadi. Mereka dengan mudah memahami cara-cara menjawab ringkasan berdasarkan panduan yang telah diberikan oleh guru di mana cara itu amat sesuai dengan soalan yang diberikan.

Oleh itu, pelajar telah membentuk suatu pengetahuan sedia ada (keseimbangan) dan boleh mengorganisasikan isi-isi penting itu di dalam penulisan ringkasan. Tetapi apabila mereka dikehendaki menjawab soalan ringkasan lain dan mempunyai kata kunci yang berbeza, maka wujud ketidakseimbangan di mana cara-cara mengenal pasti isi-isi penting dalam soalan kedua adalah berbeza dengan soalan ringkasan sebelumnya. Akibatnya pelajar tidak boleh menjawab soalan itu berpandukan soalan sebelumnya kerana perbezaan kata kunci dalam soalan. Seterusnya pelajar harus merujuk semula di dalam jadual yang telah diberikan oleh guru untuk mengenal pasti isi-isi penting yang perlu dicari berdasarkan kata kunci yang baru. Dengan merujuk semula jadual itu, informasi baru akan diserap dalam skema pelajar yang telah sedia ada yang di panggil proses asimilasi. Dengan itu, pelajar itu telah manambah dan memperkayakan cara mencari isi-isi penting berdasarkan kata-kata kunci daripada soalan ringkasan yang diberikan. Dengan ini pelajar telah cuba menyesuaikan kata kunci dengan jawapan yang bakal dicari di dalam petikan baru itu tadi. Lantas, informasi  yang baru diserap itu diubah (akomodasi) mengikut kesesuaian dalam soalan ringkasan yang kedua itu dan pelajar boleh mencari isi-isi penting seperti yang dilakukan dalam soalan pertama tadi.

Proses menjawab soalan ringkasan yang berulang kali yang berlainan kata kuncinya, akan mengakibatkan tahap keseimbangan yang kukuh kepada pelajar itu iaitu pelajar mempunyai pengetahuan yang tinggi untuk menjawab soalan ringkasan tanpa mengira kata kuncinya yang diberikan. Pada tahap ini pelajar-pelajar telah berjaya mengatasi masalah pembelajaran mereka tentang penulisan ringkasan.

 Antara………… (tajuk ringkasan)……….. adalah ……… ( isi 1 ) ……… Selain itu, ………( isi 2 ) ………… Tambahan pula, ………

( isi 3 ) ………. Di samping itu …………(  isi 4 )………. Malahan,………… (   isi 5  )……………

Berikut adalah model ringkasan:

*Sila lihat contoh soalan ringkasan dalam lampiran 1

4.4.2        Persekitaran –Teori Pelaziman Operan Skinner

Dalam mengatasai masalah pembelajaran yang melibatkan persekitaran ini, guru boleh menggunakan Teori Pelaziman Operan Skinner. Dalam masalah ini pelajar dikenal pasti kurang mempraktikkan percakapan seharian dalam bahasa Melayu yang menjadi punca utama mereka lemah dalam  penguasaan bahasa Melayu.

Mengikut teori pelaziman operan, mencadangkan bahawa pelajar akan belajar hanya apabila mereka membuat gerak balas yang aktif dan nyata di dalam bilik darjah. Untuk mengaplikasikan teori ini, maka semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di mana soalan ringkasan di buat bersama-sama guru di dalam kelas, guru boleh mempraktikkannya. Berpandukan pada soalan ringkasan itu, guru boleh memberikan masa tertentu supaya pelajar dapat menggariskan isi-isi penting dalam petikan. Kemudian guru boleh meminta pelajar secara suka rela membacakan isi penting yang telah digariskan.

Menurut huraian Skinner di dalam buku Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran yang ditulis oleh Mok Soon Sang, beliau menghuraikan bahawa tingkah laku operan seperti ini merupakan gerak balas yang dihasilkan pada diri sendiri (seperti kajiannya terhadap tikus). Oleh itu, pembelajaran jenis ini merupakan pembelajaran secara aktif kerana pembelajaran yang berlaku berdasarkan inisiatif diri sendiri.

Seterusnya, guru memberi peluang kepada pelajar untuk menulis isi-isi penting yang mereka dapat di papan putih. Pelajar-pelajar di minta secara suka rela tampil ke hadapan kelas untuk menulis isi-isi penting yang telah mereka dapat. Setelah siap ringkasan yang ditulis oleh pelajar di papan putih, guru memeriksa dan membetulkan jika terdapat kesilapan. Pelajar yang telah menulis isi penting yang betul diberikan pujian oleh guru dan tepukan oleh rakan-rakanya. Pujian dan tepukan mestilah diberikan sejurus selepas guru memeriksa ringkasan yang ditulis oleh pelajar-pelajar itu. Dengan peneguhan positif seperti itu akan menggalakkan pelajar itu dan rakan- rakannya yang lain berani tampil untuk membaca isi penting dan menulis ringkasan di papan putih. Bagi pelajar yang telah menulis isi penting yang kurang tepat tidak dikenakan dendaan sebaliknya mereka hanya perlu menyalin semula jawapan rakan-rakan yang betul.

Sebagai guru, kita tidak perlu menggunakan peneguhan negatif (dendaan) dalam situasi ini. Penggunaan peneguhan negatif tidak digalakkan digunakan secara kerap apatah lagi dalam keadaan yang tidak serius atau pelajar  hanya melakukan kesalahan kecil. Peneguhan negatif lazimnya mempunyai kesan tidak baik ke atas tingkah laku pelajar itu kemudian hari nanti.

4.5   Penutup

Kadang kala keadaan dan suasana bilik darjah atau sekolah juga menimbulkan keadaan yang kurang selesa kepada pelajar-pelajar. Malahan, ini turut menyebabkan pelajar bertingkah laku negatif kepada proses pembelajaran mereka. Antara contohnya ialah bilangan pelajar dalam kelas terlalu ramai, alat kelengkapan tidak mencukupi, suasana di dalam kelas tidak teraputik, alat bantu mengajar tidak mencukupi, gangguan dari luar, dan keadaan sekolah yang kurang dari segi kemudahan asas. Kesemua ini boleh menimbulkan kegelisahan dan mengganggu kelancaran perjalanan P&P di dalam kelas. Oleh itu, pendapat-pendapat dan kajian daripada tokoh terkenal boleh dijadikan panduan oleh pihak sekolah untuk merancang strategi-strategi untuk meningkatkan lagi keberkesanan mengatasi tingkah laku bermasalah dan prestasi murid-murid dan akademik di sekolah.

Sebagai guru, kita mestilah menunaikan tanggungjawab yang diberikan sebaiknya kerana itu adalah amanah daripada Allah. Guru mestilah menunjukkan keghairahan dalam proses P&P kerana aura positif ini boleh mempengaruhi pelajar-pelajar kita agar mereka berminat untuk belajar. Selain itu, guru juga harus menunjukkan sikap kasih saying dan berperikemanusiaan supaya pelajar-pelajar merasakan diri mereka diterima dan dihargai.

Sebagai guru yang berdedikasi, kita seharusnya memberikan peluang kepada pelajar-pelajar kita menyuarakan pendapat atau permasalahan mereka. Kita mesti membantu mereka dengan memberikan sokongan dan panduan agar mereka boleh mengatasi masalah pembelajaran dengan betul dan berkesan. Guru yang baik juga perlu mengamalkan sikap memberikan ganjaran atau peneguhan setiap kali pelajar memberikan tindak balas yang diingini semasa proses P&P. Galakan dan motivasi juga sangat diperlukan untuk mengatasi masalah pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar.

Slide show powerpoint

TEORI DAN PENDEKATAN PSIKOLOGI

 

SEKOLAH BESTARI

APA ITU SEKOLAH BESTARI?

Sekolah Bestari merupakan satu topik penting dan banyak diperkatakan oleh dunia persekolahan pada akhit tahun 1990-an. Idea sekolah bestari merupakan sahutan kepada era teknologi maklumat yang memerlukan Malaysia menyediakan diri dalam persaingan yang pantas. Kewujudan sekolah bestari dikatakan dapat melahirkan insan intelek yang membantu menerajui negara ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020.

Pengwujudan Sekolah Bestari ini merupakan satu daripada tujuh aplikasi Perdana Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia sebagai alternatif baru untuk mencapai matlamat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Berlandaskan ini, hasrat dan matlamat kerajaan Malaysia menggunakan sepenuhnya kepakaran teknologi dan pertumbuhan pesat prasarana MSC untuk menggalakkan pembentukan Sekolah Bestari.” Memandangkan betapa pentingnya Sekolah Bestari kepada pembentukan generasi akan datang, kerajaan telah mengambil langkah menjadikan penjelmaan Sekolah Bestari sebagai satu daripada tujuh ‘ flagship application ‘ dalam projek Mega Koridor Raya Multimedia” ( Ucapan Menteri Pendidikan Malaysia ).

Sekolah Bestari diharapkan akan melahirkan generasi baru Malaysia yan mempunyai fikiran yang lebih kreatif dan inovatif, dapat menyesuaikan dan menerima teknologi baru dan berkebolehan untuk akses dan menangani sepenuhnya ledakan informasi. Berdasarkan cita-cita murni ini, kerajaan mempunyai visi menukarkan semua sekolah rendah dan menengah kepada sekolah bestari menjelang tahun 2010. Dalam fasa awal pelaksanaannya iaitu pada Januari 1999, sebanyak 90 sekolah telah dicadangkan sebagai perintis program bestari.

Dalam iklim pembelajaran di sekolah bestari, ia merupakan institusi pengajian yang akan menyediakan kanak-kanak kepada alaf teknologi maklumat. Selaras dengan itu, strategi utama adalah penggunaan teknologi secara besar-besaran dalam pengajaran dan pembelajaran oleh murid dan sekolah. Dari segi pedagogi, penyampaian pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan sumber-sumber yang berasaskan penggunaan komputer, bahan-bahan yang hands-on, makmal pembelajaran simulasi multimedia, bilik-bilik khas dan perpustakaan multimedia (Smart School Project Team 1997). Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran adalah berasaskan jaringan. Sekolah bestari disambungkan dengan jaringan kawasan setempat (Local Area Network-LAN) dan jaringan kawasan luas (Wide Area Network-WAN). Sistem penilaian juga adalah secara on-line dan berterusan. Secara ringkas, media pengajaran dan pembelajaran pada keseluruhan adalah berasaskan komputer yang memerlukan perisian-perisian yang lengkap.

Suasana di sekolah rendah bestari digambarkan mempunyai kelengkapan komputer dengan kadar satu komputer kepada empat orang pelajar. Pelajar dalam sekolah bestari dikatakan akan membuat pengembaraan maklumat mengelilingi dunia untuk mencari dan mengumpul data. Jaringan digunakan untuk mengumpul data dan berinteraksi ke seluruh dunia. Pelajar yang tidak dapat hadir ke sekolah akan dapat belajar dari rumah. Pembelajaran juga boleh berlaku di luar waktu sekolah. Segala idealisme yang dibayangkan oleh sekolah bestari merupakan sesuatu yang dibanggakan.

Sebab Orang Melayu Dulu Tak Hantar Anak Ke Sekolah


Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di India menghantar perutusan Jemaah Pengarah melawat Negeri-negeri Selat untuk membuat laporan pendidikan di negeri-negeri tersebut. Pada tahun 1855, sebuah sekolah Melayu telah didirikan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun berikutnya,iaitu pada tahun 1856, dua buah sekolah lagi dibuka, iaitu di Teluk Belangah dan Kampung Gelam Singapura. Namun taraf pendidikan dan keadaan orang Melayu pada zaman penjajahan ini tidak banyak merubah nasib orang Melayu. Ini telah menyebabkan orang Melayu tidak berminat untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak mereka. Antara faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajahan adalah kerana:

  1. Penjajah British menjalankan dasar ‘pecah dan perintah’ untuk memisahkan orang Melayu dengan kemajuan bagi memastikan penjajahan mereka ke atas Tanah Melayu berterusan.
  2. Penjajah British kurang mengambil berat tentang taraf pendidikan yang disediakan bagi rakyat di Tanah Melayu.
  3. British hanya memberikan pendidikan sekadar untuk menyediakan tenaga kerja dalam pentadbiran British untuk orang Melayu menjawat jawatan peringkat rendah seperti kerani atau peon.
  4. Selebihnya orang Melayu yang diberikan pendidikan rendah akan meneruskan kerjaya keluarganya menjadi petani atau nelayan yang lebih baik sedikit daripada ibu bapanya.
  5. Pihak British tidak menggalakkan orang Melayu menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris kerana bimbang kesedaran politik dan daya pemikiran mereka meningkat lalu menggugat kedudukan British.
  6. Pihak British hanya mahu mengekplotasikan ekonomi di Tanah Melayu demi kepentingan mereka dan memberikan pendidikan kepada penduduk tempatan akan mengurangkan keuntungan mereka kerana terpaksa menyediakan kemudahan pendidikan
  7. Pihak British mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan dengan menetapkan dasar-dasar kesetiaan kepada British dalam pendidikan .
  8. Pihak British juga memupuk sikap memuliakan pekerjaan buruh di kalangan orang Melayu dan menggalakkan mereka terus tinggal di kampung.
  9. Sekolah Melayu hanya memberikan pendidikan selama empat tahun sahaja kepada anak-anak Melayu. Kemudian mereka perlu menyambung pendidikan di sekolah Inggeris namum tidak ramai yang mampu menghantar anak mereka disebabkan sekolah Inggeris hanya terletak di bandar-bandar sahaja.
  10. Ibu bapa tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana bagi mereka tiada apa perubahan terhadap nasib orang Melayu apabila anak-anak kembali menjadi petani dan nelayan.
  11. Tiada banyak peluang pekerjaan yang diperuntukkan oleh British untuk golongan Melayu apabila tamat belajar melainkan jawatan peringkat rendah menyebabkan orang Melayu kurang berminat untuk bersekolah.
  12. Kurangnya kesedaran ibu bapa tentang kepentingan pendidikan terhadap anak-anak mereka.
  13. Tahap pemikiran orang Melayu masih mundur dan sentiasa dikongkong oleh dasar-dasar British agar tidak mementingkan pendidikan untuk anak-anak Melayu.

Peranan Pendidikan Di Malaysia


Pendidikan memain peranan penting untuk mencapai hidup yang berkualiti kerana pendidikan merupakan antara petunjuk terpenting dalam kualiti hidup manusia. Pendidikan mempunyai hubungan rapat dengan ilmu, dan ilmu dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Pendidikan membantu individu membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada persekitarannya serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi cenderung untuk mengalami gangguan dan tekanan fizikal yang rendah. Taraf pendidikan yang baik memberikan seseorang individu itu laluan kea rah pembangunan diri, bergantung bagaimana ilmu tersebut distruktur dan dilaburkan dalam pendidikan. Fungsi –fungsi pendidikan meliputi pelbagai aspek seperti:

Memberi impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan

Keupayaan kawalan diri dan sokongan sosial

Menjamin kestabilan individu dalam fungsi sosial

Mengurus kehidupan dalam perkahwinan dengan lebih baik

Membuat keputusan yang bijak dan wajar

Menstabilkan ekonomi dengan peluang kerja yang lebih baik

Menentang kemiskinan

Membina demokrasi

Membentuk masyarakat sejahtera

Mendedahkan potensi diri

Menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri

Meluaskan pandangan dan pemikiran

Membina keyakinan diri

Menikmati kemudahan persekitaran

Pemangkin kesejahteraan hidup

a)      Huraikan dengan jelas lima daripada fungsi-fungsi pendidikan yang anda senaraikan.

 

  1. Pendidikan- Memberi impak yang besar ke atas pelbagai peluang kehidupan

Pendidikan berkualiti menggunakan pendekatan kemahiran hidup dalam pendidikan dan memasukkan kemahiran lain dalam meorientasikan pendidikan untuk memperolehi keseimbangan. Mempelajari pelbagai kemahiran akan menyediakan individu untuk lebih berjaya dalam kehidupan di rumah, komuniti, serta di tempat kerja. Manusia sebaik-baiknya menggunakan multi-kemahiran ketika melaksanakan aktiviti harian; berhubung dengan ahli keluarga dan masyarakat; serta bertindak sebagai individu, ahli dalam sesuatu kumpulan dan pekerja sesebuah organisasi. Dengan adanya pendekatan kemahiran hidup dalam pendidikan, para pelajar lebih peka kepada perkembangan ilmu, mengguna dan mempraktikkan pelbagai jenis kemahiran sesuai dengan tuntutan persekitaran tersebut. Memiliki dan mempraktikkan kemahiran dengan betul sangat penting untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa. Justeru itu, individu memerlukan kemahiran dalam setiap empat ruang pendidikan iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk melakukan, belajar untuk hidup bersama orang lain dan belajar untuk mejadi seseorang. Selain itu, setiap individu juga memerlukan kemahiran kognitif, tumpuan, pengurusan diri dan sosial. Kemahiran hidup membolehkan individu untuk menghubungkan apa yang mereka ketahui dan lakukan sekarang dengan apa yang boleh mereka ketahui dan lakukan di masa hadapan ( McLeod dan Shanahan, 1996).

  1. Pendidikan – Keupayaan kawalan diri dan sokongan sosial

Perasaan tertekan merupakan gangguan terhadap emosi yang tidak  menyenangkan. Tekanan terbahagi kepada dua komponen utama iaitu tekanan emosi dan tekanan fizikal. Komponen emosi meliputi perasaan seperti kesedihan, kegembiraan dan kebimbangan, manakala komponen fizikal merangkumi pernyataan badan seperti perasaan letih, menggeletar dan kesukaran untuk tidur (Morris dan Maisto, 2005). Menurut Mirosky dan Ross (1995), terdapat tiga jenis tekanan emosi iaitu depressi, kebimbangan dan marah. Tekanan fizikal pula boleh dilihat dalam kontaks ketidakpuasan dan kesakitan. Seseorang individu dikatakan akan mempunyai kesejahteraan dan kualiti hidup yang baik jika mereka hanya melalui beberapa pengalaman tekanan yang kecil atau rendah darjahnya (Morris dan Maisto, 2005)

Tekanan ini boleh diuruskan dengan dua kaedah iaitu kawalan diri dan sokongan sosial. Para pengkaji seperti Ross dan Willigen (1997), Bird dan Ross (1993) dan Mirosky dan Ross (1992) mendapati bahawa individu yang memiliki tahap pendidikan yang baik mempunyai kadar kawalan diri yang tinggi dalam beberapa situasi seperti pengurusan kerja, kepimpinan kerja, pemperolehan wang, pengurusan rumah tangga dan beban kerja rumah berbanding dengan individu yang kurang pendidikan. Individu berpendidikan tinggi diikuti dengan kadar kawalan diri yang tinggi didapati mempunyai kadar tekanan psikologi yang rendah (Mirosky dan Ross, 1992). Hal ini disebabkan kawalan diri yang tinggi membantu individu mengawal tingkah laku, emosi serta minda secara positif dan fleksibel dalam menangani pelbagai masalah. Kawalan diri yang tinggi juga membolehkan individu membuat persediaan diri untuk berhadapan dengan sesuatu yang tidak dapat dijangkakan.

Sokongan sosial merupakan komitmen, sikap mengambil berat, pemberian nasihat, dan bantuan yang diberi atau diterima sebagai sumbangan peribadi seseorang kepada individu yang memerlukan (Uchino, Uno dan Holt-Lunstad, 1999). Menurut Walker, Wasserman dan Wellman (1993), pendidikan yang baik amat penting dalam menjana sokongan sosial yang positif. Pendidikan boleh memberi individu laluan kepada beberapa peranan dengan jaringan bebas yang akan menyemarakkan pelbagai fungsi untuk hubungan yang lebih menyokong dan menguntungkan. Pendidikan boleh membantu individu mengekalkan hubungan yang lebih bermakna dengan orang lain dalam kebanyakan situasi seperti pengurusan masalah, kebolehan berbincang serta sikap timbang rasa dan bekerjasama.

  1. Pendidikan – Menjamin kestabilan individu dalam fungsi sosial.

Kesihatan dan kualiti hidup yang baik membolehkan individu kefungsian sosial harian mereka (Lawton, 1994) seperti berinteraksi dengan rakan dan ahli keluarga, memasak, bekerja dan bersukan. Menurut Breeze, Jonesm Wilkinson, Latif, Bulpit dan Fletcher (2004), individu yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi melaporkan kesihatan-kulaiti hidup yang baik. Pendidikan yang baik memberi laluan ke arah status pekerjaan dan bayaran gaji yang baik, memberi sumbangan dan kesan positif kepada sosio ekonomi, serta menjana perkembangan psikologi. Individu yang bersikap terbuka berupaya untuk mengekalkan kefungsian fizikal yang mantap kerana cenderung untuk mencuba pelbagai aktiviti dan tanggungjawab hidup dan peka terhadap informasi kesihatan.

 

  1. Pendidikan – Mengurus kehidupan dalam perkahwinan dengan lebih baik

Perkahwinan memberi laluan kepada kestabilan hubungan sosial terutamanya perkahwinan. Pendidikan yang baik juga boleh mengurangkan kadar penceraian kerana pasangan berkahwin dan melaksanakan kehidupan bersama di bawah arus yang sesuai dengan kondisi ekonomi pasangannya (Ross dan Willigen, 1997). Pendidikan juga dapat mengurangkan gejala “duda” dan “janda” kerana lelaki dan wanita cenderung untuk memilih pasangan yang mempunyai tahap pendidikan yang sama (Kalmijn, 1991; Qian dan Preston, 1993). Di samping itu, menurut Rogot, Sorlie dan Johnson (1992), individu yang memperolehi tahap pencapaian pendidikan yang baik mempunyai jangka hayat yang lebih panjang berbanding individu yang rendah tahap pendidikannya. Waite (1995) pula melaporkan bahawa orang yang berkahwin adalah lebih sihat dan gembira berbanding dengan mereka yang bujang, bercerai atau menduda/menjanda. Beberapa kajian mendapati bahawa orang yang berkahwin juga mempunyai tahap kesejahteraan fizikal dan psikologi yang baik berbanding dengan individu yang tidak berkahwin (Ross, Mirosky dan Goldsteen, 1990; Ross, 1995). Di samping itu, pasangan yang baik tahap pendidikannya akan menikmati kebaikan dan keuntungan daripada perkahwinan tersebut tanpa banyak tekanan yang melampau yang dikaitkan dengan anak. Umumnya, wanita yang baik taraf pendidikannya cenderung untuk mempunyai bilangan anak yang kecil, menangguhkan kelahiran, atau menjarakkan kelahiran berbanding wanita yang kurang berpendidikan (Bloom dan Trissel, 1984; Blossfeld, 1995). Menurut kajian Kalimjn (1991) dan Qian dan Preston (1993) pula, lelaki yan baik taraf pendidikan juga cenderung untuk mempunyai bilangan anak yan kecil kerana kecenderungan mereka memilih pasangan yang setara tahap pendidikan dan pemikirannya.

 

  1. Pendidikan – Membuat keputusan yang bijak dan wajar

Ketegasan diri merupakan satu dimensi utama dalam kualiti hidup kerana ia memungkinkan seseorang individu untuk mengawal hidupnya (Schalock, 1996). Menurut Weh meyer (1996), ketegasan diri adalah agen asas dalam kehidupan seseorang. Dengan adanya ketegasan diri, individu berupaya membuat pilihan dan keputusan terhadap tindakannya, dan membebaskan diri daripada pengaruh atau gangguan luaran yang tidak berfaedah. Kebolehan dan kemantapan ketegasan diri berupaya meningkatkan kualiti hidup dan pencapaian pendidikan yang baik.

Rancangan Pelajaran Harian (geografi)

Rancangan Pengajaran Harian 2 (Pelajaran3):

 

Mata pelajaran                     :               Geografi

Kelas                                      :               Tingkatan 1 Pintar

Tarikh                                    :               17 April 2012

Masa                                      :               7.50 – 8.30 pagi

Bilangan murid                    :               41 orang

Bidang pelajaran                 :               Pergerakan Bumi di dalam Sistem Suria

  • Ciri-ciri Iklim Negara Malaysia (Hujan)

Objektif pembelajaran        :               Pengaruh Hujan Terhadap Cuaca dan Iklim di Malaysia

Hasil pembelajaran            :               Di akhir sesi pembelajaran ini, murid dapat:

A             Menguasai isi kandungan(Domain Kognitif)

a.    Menyatakan jumlah hujan di Malaysia(aras pengetahuan)

b.    Menerangkan taburan hujan yang tidak sekata dipengaruhi oleh bentuk  muka bumi dan angin monsun(aras pemahaman)

c.     Menyatakan kawasan yang paling banyak menerima hujan dan paling kering(aras aplikasi)

c.    Menghuraikan kejadian hujan perolakan dan hujan bukit/relief(aras analisis)

d.    Merancang percutian ke kawasan berisiko mengalami banjir  pada waktu tertentu dengan pemahaman taburan hujan di Malaysia.

(aras sintesis)

e.    Membuat keputusan untuk percutian pada waktu tertentu ke kawasan berisiko mengalami banjir. (aras penilaian)

 

B             Membina kemahiran saintifik, berfikir dan strategi berfikir(Domain Psikomotor)

a.    Melorekkan kawasan taburan hujan mengikut kawasan dengan bantuan buku teks(Gerakbalas terbimbing)

b.    Menandakan arah angin dalam kejadian hujan perolakan dan hujan bukit/relief(Gerakbalas terbimbing)

c.    Mengisi tempat kosong dalam jadual perbandingan hujan perolakan dan hujan bukit/relief(Gerakbalas tanpa bimbing)

C             Mengamalkan sikap saintifik dan nilai murni(Domain Afektif)

a.     Melibatkan diri secara aktif dalam tugasan melorek kawasan di dalam peta Malaysia, melukis arah angin dalam kejadian hujan dan mengisi tempat kosong dalam jadual perbandingan hujan(Memberi maklum/gerakbalas)

b.     Menghargai masa dengan menjalankan tugasan dengan pantas dan bekerjasama dalam kumpulan(Memberi maklum/gerakbalas)

Konsep/prinsip/hukum/teori:

Malaysia mengalami hujan yang lebat dan turun di kebanyakan kawasan sepanjang tahun. Taburan hujan adalah tidak sekata disebabkan oleh bentuk muka bumi dan angin monsun. Terdapat dua bentuk hujan yang turun di Malaysia:

  1. Hujan perolakan
  2. Hujan bukit/relief

Bahan, peralatan dan bahan sumber:

Bahan, peralatan dan bahan sumber:

Peta Malaysia

Kertas Mahjong – 8 helai

Marker pen pebagai warna

Langkah berjaga-jaga:

Tiada

Pengetahuan sedia ada:

Murid telah mengetahui bahawa Malaysia mengalami hujan sepanjang tahun. Taburan hujan yang lebat di beberapa kawasan tertentu menyebabkan kejadian banjir.

Fasa

Isi Kandungan

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Nota

Aktiviti Guru

Aktiviti Murid

Permulaan/Mencungkil idea(5 min) Malaysia menerima hujan yang lebat sepanjang tahun iaitu sekitar 2600 mm. Ini menyebabkan Malaysia tidak mengalami musim kemarau yang nyata.Walau bagaimanapun taburan hujan tidak sekata di semua kawasan.  Buat kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar dengan menyoal tentang kawasan-kawasan yang sering mengalami banjir.1)       Mengapa Kelantan, Terengganu sering mengalami banjir pada hujung tahun2)       Mengapa kawasan tepi laut jarang menerima hujan

3)       Mengapa kawasan kampung terutama di tepi-tepi bukit menerima hujan yang sedikit

Murid memberi respon Strategi/Teknik:Penyoalan seluruh kelas
Menstruktur/ Menstruktur semula(15 min) Taburan hujan di Malaysia dipengaruhi oleh keadaan muka bumi dan angin monsun iaitu angin monsun Timur Laut dan angin monsun Barat Daya.Hujan maksimum turun di kebanyakan kawasan pada musim peralihan monsun. Umumnya pantai timur Semenanjung Malaysia menerima hujan lebih lebat berbanding dengan pantai barat Semenanjung Malaysia.Pantai Barat Semenanjung Malaysia menerima hujan kurang kerana:

* terlindung daripada tupan Angin Monsun Barat Daya oleh Pulau Sumatera

* terlindung daripada Angin Monsun Timur Laut oleh Banjaran Titiwangsa

Kawasan yang paling banyak menerima hujan di Malaysia – Bukit Larut, Perak

Kawasan yang paling kering dan berjerebu – Kuala Pilah dan Jelebu, Negeri Sembilan

1. Guru menerangkan kepada pelajar berdasarkan lukisan peta Malaysia dengan melorekkan kawasan tertentu yang menerima kadar hujan yang berlainan berdasarkan bentuk muka bumi.2. Arah angin monsun juga ditandakan di dalam peta berkenaan. (lampiran 4.1-peta malaysia)3. Jadual juga dibina menunjukkan taburan hujan dan kawasannya seperti yang digambarkan di dalam peta.

 

Pelajar menampal peta Malaysia dan melorekkan kawasan taburan hujan serta menyalin jadual di dalam buku nota berpandukan buku teksAktviti pemulihan: Mendengar penerangan guru dalam kumpulan kecil Strategi/Teknik:Aktiviti inkuiri dalam kumpulan

Sikap saintifik dan nilai murni:

Penglibatan aktif

Bekerjasama

Aplikasi Idea(15 min) Hujan yang turun di Malaysia terbahagi kepada dua:a. hujan perolakanb. hujan bukit/relief

 

Pelajar dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil yang terdiri daripada 6-7 orang pelajar. Pelajar diberikan sekeping kertas mahjong. Guru mengarahkan pelajar melukis kejadian hujan perolakan dan hujan bukit/relief.Maklumat penting mengenai kejadian hujan ditulis secara ringkas di dalam kertas mahjong yang sama 

Debriefing

Taksir kefahaman secara lisan – Murid yang telah menguasai maju ke fasa aplikasi, manakala murid yang tidak, dikumpul dalam satu kumpulan dan diberi penerangan kumpulan kecil

 

Pelajar menyelesaikan masalah dalam kumpulanPelajar membentangkan dapatan Strategi:Perbincangan kumpulan diikuti persembahanSumber pengajaran: Buku Teks
Refleksi/Penutup(5 min) Hujan yang lebat yang turun sepanjang tahun di Malaysia menyebabkan negara tidak mengalami musim kemarau yang nyata. Faktor bentuk muka bumi dan angin monsun mempengaruhi taburan hujan di Malaysia Guru memberikan kuiz ringkas dengan beberapa soalan menguji kefahaman pelajar.(lampiran 4.3-kuiz)  Pelajar menjawab kuiz dan membuat kesimpulan pelajaran dengan menyatakan idea utama serta mengaitkannya dengan idea pengajaran sebelumnya. Strategi:Lembaran kuiz disemak segera dengan pelajarSumber pengajaran: buku teks

 

Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British

Pendidikan sebelum kedatangan British banyak dipengaruhi oleh adat resam dan budaya masyarakat setempat. Pendidikan tradisional ini lazimnya diajar oleh ahli agama atau ibu bapa kanak-kanak dalam membentuk perkembangan mereka. Pendidikan pada zaman ini terbahagi kepada lima iaitu:

  1. pendidikan agama
  2. madrasah
  3. pendidikan tidak formal
  4. pendidikan istana
  5. penglipur lara.

Pendidikan agama

Mulai kurun ke-15 hingga kurun ke-17, orang Melayu telah mula mendapat pendidikan agama. Pendidikan agama disampaikan oleh guru-guru al-Quran di kampong-kampung. Selain itu, pendidikan agama juga disampaikan oleh mereka yang berketurunan Sayyid. Sebahagian besar daripada guru agama ini mengajar menyampaikan pengajarannya di surau atau masjid. Pada masa yang sama, guru agama itu menjadi imam kampong di mana dia menyampaikan pendidikan agama. Mereka mengajar perkara-perkara seperti kira-mengira, menulis Jawi, tajwid, fardu ain, rukun Islam dan rukun Iman. Dalam sehari muris-mrid belajar tiga pelajaran yang mengambil masa sejam bagi setiap pelajaran. Pelajaran pertama disampaikan di sebelah pagi iaitu selepas sembahyang subuh, satu lagi selepas sembahyang zohor dan satu lagi pelajaran pada sebelah petang. Seseorang murid akan memulakan pelajaran dengan mengulangi perkataan-perkataan Arab yang didengar pada awal pagi dan akhir bacaan al-Quran. Apabils telah mahir dengan hafazan itu, dia akan dapat membaca al-Quran dan doa-doa yang membolehkannya bersembahyang. Pelajar tidak dikenakan apa-apa bayaran, Sebaliknya, pelajar membantu guru membersihkan tempat mereka belajar, mengambil air, kayu api dan membantu mengerjakan sawah. Segala urusan ini dijalankan di antara waktu pelajaran. Urusan-urusan seperti ini dapat membina kemahiran hidup bagi pelajar-pelajar berkenaan.

Pada kurun ke-18, pendidikan agama telah meningkat maju kerana penghijrahan beberapa orang alim ulama dari Timur Tengah. Contohnya, Syarif Muhammad yang berasal dari Baghdad telah mengasaskan sekolah agama di Kuala Terengganu. Ketika berlaku kekacauan di Patani, lebih ramai lagi alim ulama berpindah ke Terengganu dan Kelantan.

Menjelang kurun ke-19, sekolah-sekolah pondok atau sekolah Arab telah di bina di merata temoat di Tanah Melayu. Kedah, Perak, Kelanatan dan Pulau Pinang merupakan tempat-tempat di mana terdapat banyak sekolah pondok muncul.

Madrasah

Madrasah merupakan sekolah agama yang moden. Institusi ini lebih kemas dan teratur. Madrasah menyampaikan pelajaran yang menekankan ajaran-ajaran reformis dari Asia Barat.

Menurut Khoo Kay Kim, mata pelajaran latihan vokasional juga dikendalikan. Mata pelajaran seperti perdagangan, kira-kira dan cara tanaman padi serta membuat sabun juga diajar di madrasah. Walau bagaimanapun, tumpuan pelajaran di kebanyakan madrasah ialah pada pengajaran agama Islam.

Taraf pendidikan di sesetengah madrasah adalah tinggi seperti di Madrasah al-Masyhur,Pulau Pinang dan Madrasah di Kota Bharu. Para lulusan dari madrasah-madrasah tersebut boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti seperti Universiti al-Azhar, Mesir atau Masjidil-Haram, Makkah.

Pendidikan Tidak Formal

Pendidikan formal berlaku secara tidak langsung. Dalam kehidupan seharian, anak-anak terpaksa membantu ibu bapa dalam pelbagai tugasan sama ada di kebun atau di rumah. Dalam pada itu, mereka mempelajari kemahiran membuat atau membaiki alat-alat pertanian daripada ibu bapa atau orang kampong yang lebih tua.

Selain itu, mereka juga berpeluang mempelajari kemahiran dalam kraftangan seperti membuat bakul, ukiran kayu, atau logam. Kebanyakan kemahiran ini diperoleh kerana kanak-kanak membantu dan memerhati bagaimana sesuatu hasil itu dikendalikan.

Golongan muda juga mempelajari seni mempertahankan diri dan segelintir antara mereka mempelajari ilmu sihir.

Pendidikan Istana

Menurut Sejarah Melayu, mulai kurun ke-15, pendidikan agama Islam mula dipelajari oleh golongan istana. Lazimnya sultan akan menyediakan satu ruangan di istana bagi membolehkan pengajaran agama Islam disampaikan.

Tokoh-tokoh agama yang menyampaikan pengajaran di istana juga digalakkan menterjemah buku-buku bahasa Arab kepada bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan Jawi. Bahasa pengantar yang digunakan oleh guru-guru tersebut ialah bahasa Melayu kerana kebanyakan kitab dalam bahasa Arab telahpun ditermahkan ke bahasa Melayu. Walaubagaimanapun, bahasa Arab juga diajar.

Penglipur Lara

Pada zaman dahulu, seseorang pencerita yang mahir dikenali sebagai penglipur lara. Dia berupaya bercerita sehingga Berjaya menarik minat ramai pendengar tetapi ramai daripada mereka adalah buta huruf. Lantaran itu, cerita-cerita mereka hanya disampaikan dalam bentuk tulisan.

Penglipur lara memperoleh koleksi cerita daripada ibu bapanya dan dia menceritakan semula kepada anak-anaknya atau kanak-kanak lain. Melalui cara ini, cerita-cerita itu disampaikan dari satu generasi ke satu generasi yang lain.

Cerita-cerita yang disampaikan terdiri daripada pelbagai jenis. Ada yang mengisahkan raja,pahlawan terkenal dan haiwan. Unsur-unsur dongeng diserapkan ke dalam sesetengah cerita tersebut. Selain itu, penyerapan nilai-nilai murni ke dalam cerita-cerita bertujuan mempengaruhi tingkah laku pendengarnya.

SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH

Sekolah Agama

Pada zaman British, sekolah agama terus berfungsi tanpa sebarang campur tangan. Ini kerana pihak British tidak ingin campur tangan dalam hal-hal agama dan adat resam orang-orang Melayu. Dengan itu, pihak British tidak terlibat dalam pengelolaan dan pengendalian sekolah-sekolah agama.

Sekolah agama yang ditubuhkan pada zaman British adalah lebih kemas pengelolaannya. Sekolah ini lebih dikenali sebagai madrasah atau sekolah agama yang moden. Ia dipelopori oleh golongan muda. Kurikulum sekolah agama moden ini merangkumi ilmu keduniaan dan ilmu akhirat. Madrasah banyak ditubuhkan di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Sekolah-sekolah agama moden seperti ini dapat menandingi sekolah-sekolah Melayu yang disediakan oleh pihak British. Ini kerana mutu pendidikan yang disediakan oleh sesetengah sekolah agama moden ini baik. Ini terbukti apabila pelajar-pelajar lepasan sekolah-sekolah agama itu dapat meneruskan pelajaran di Universiti al-Azhar di Mesir dan university-universiti lain di Asia Barat.

Sekolah Pondok

Sistem pendidikan pondok didapati lebih tersusun dan teratur jika dibandingkan dengan pendidikan agama di rumah atau surau. Pada awal kurun ke-19, sekolah pondok banyak didirikan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Perkataan ‘pondok’ sebenarnya berasal daripada perkataan Arab yang bermakna rumah-rumah kecil tempat tinggal pelajar-pelajar. Akan tetapi di Tanah Melayu, pondok membawa makna sebuah institusi pendidikan agama Islam bersendirian serta mempunyai asrama. Pendidikan pondok akan bermula sebaik sahaja tibanya seorang tuan guru atau alim ulama dari luar. Guru itu berhasrat untuk meyampaikan ilmu agama kepada orang kampong terutamanya kaum petani. Sebahagian besar daripada guru pondok merupakan individu yang berpengaruh dan biasanya mereka menyampaikan pelajaran secara suka rela. Orang kampong akan bekerjasama untuk menyediakan rumah tuan guru dan pondok untuk pelajar-pelajar. Pondok itu lazimnya dibina berdekatan dengan rumah tuan guru.

Di sekolah pondok, pelajr-pelajar duduk secara bersila di atas lantai. Meja dan kerusi tidak disediakan. Mata pelajaran yang di ajar di sekolah pondok termasuk Hadis, Tasawuf, Fiqh, Tauhid, Tafsir dan doa-doa yang bersabit dengan kehidupan seharian. Selain itu, bahasa Arab dan tulisan Jawi juga diajar. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar kerana kitab bahasa Arab telahpun diterjemahkan ke bahasa Melayu. Tempoh bagi mengikuti pelajaran di sekolah pondok tidak terhad. Ada antara pelajar yang mengambil masa sehingga sepuluh tahun. Matlamat sebenar sekolah pondok ialah untuk melahirkan individu yang arif tentang hokum-hukum agama, tahu beribadat dengan betul dan bermoral tinggi.

Sekolah Vernakular

Sepertimana yang telah disebutkan, dasar pemerintahan British di Tanah Melayu ialah ‘pecah dan perintah’. Dengan itu sikap seperti ini menyebabkan empat lagi sistem persekolahan wujud, selain daripada sekolah agama. Sistem-sistem persekolahan tersebut ialah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris. Selain daripada sikap pihak British, juga tidak terdapat satu dasar pelajaran kebangsaan pada masa itu. Sikap kedaerahan yang diwarisi setiap kaum juga mendorong sistem persekolahan yang berlainan. Sekolah vernakular bermakna sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran.

1.0  Sekolah Melayu

Pada tahun 1854, Gabenor Jeneral di India menghantar perutusan Jemaah Pengarah melawat Negeri-negeri Selat untuk membuat laporan pendidikan di negeri-negeri tersebut. Pada tahun 1855, sebuah sekolah Melayu telah didirikan di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pada tahun berikutnya,iaitu pada tahun 1856, dua buah sekolah lagi dibuka, iaitu di Teluk Belangah dan Kampung Gelam Singapura. Sekolah di Teluk Belangah, kemudiannya dijadikan maktab perguruan bagi guru-guru sekolah Melayu. Sekolah di Kampung Gelam pula berubah menjadi sekolah Quran sehingga disusun semula. Pada tahun 1963, tiga buah sekolah Melayu telah didirikan di Seberang Perai, iaitu di Penaga, Permatang Pauh dan Bukit Tambun. Pada tahun 1868, kedua-dua sekolah di Penaga dan Permatang pauh ditutup, manakala sekolah di Bukit Tambun dijadikan sekolah Inggeris.

Sekolah-sekolah Melayu yang didirikan di Melaka berjalan terus sehingga disusun semula oleh nazir sekolah-sekolah selepas tahun 1872. Sekolah Melayu lebih Berjaya di Melaka kerana hamper semua penduduknya terdiri daripada orang Melayu dan juga kerana guru Melayu mudah didapati. Pada tahun 1871, A.M Skinner telah memulakan sekolah-sekolah Melayu berdasarkan kelas Quran dalam satu percubaan. Di sekolah pagi, pelajaran biasanya dijalankan, manakala pelajaran agana Islam diajar pada sebelah petang.

Mata pelajaran yang dipelajari ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis,Ilmu Hisab, Ilmu Alam dan Latihan Jasmani. Mulai abad ke-20, pekebunan dan anyaman diperkenalkan. Ini berikutan cadangan laporan oleh Winstedt pada tahun 1917. Guru-guru pelajaran biasanya dibiayai dan ini menyebabkan lima buah lagi sekolah Melayu didirikan. Dengan itu, Skinner telah dilantik sebagai Nazir Sekolah-sekolah.

Bagi kanak-kanak perempuan Melayu, sekolah pertama didirikan di Teluk Belangah pada 1884. Sebuah lagi sekolah perempuan Melayu didirikan di Pulau Pinang pada tahun1889. Satu masalah utama yang dihadapi ialah kekurangan guru-guru perempuan. Pendidikan untuk perempuan Melayu mula bertambah baik setelah tamat Perang Dunia Pertama.

Bagi menyediakan guru-guru Melayu, R.J. Wilkinson telah menubuhkan sebuah maktab perguruan di Melaka pada tahun 1907. Kursus perguruan selama dua tahun diadakan untuk guru-guru Melayu lelaki dari Negeri-negeri Selat.

Pada tahun 1913, sebuah lagi maktab didirikan di Matang,Perak. Walau bagaimanapun, kedua-dua maktab ini ditutup kemudiannya. Bagi menggantikan maktab-maktab tersebut, Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim( yang sekarang dikenali sebagai Univesiti Pendidikan Sultan Idris atau UPSI) telah didirikan pada tahun 1922. Kursus perguruan selama tiga tahun itu terdiri daripada empat bahagian iaitu bahagian akademik, pekebunan, pertukangan tangan dan membuat bakul serta teori dan latihan mengajar. Pendidikan Agama Islam diajar dua jam seminggu. Bahasa pengantar yang digunakan ialah bahasa Melayu.

Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka dimulakan pada tahun 1935. Tempoh kursus perguruan ialah dua tahun pada mulanya, tetapi berubah menjadi tiga tahun. Pelatih-pelatih maktab tersebut dating dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.

Walau bagaimanapun, sekolah Melayu terpaksa menghadapi pelbagai masalah pada mulanya kerana kepentingan pendidikan kurang disedari. Lagipun, jawatan-jawatan bagi calon yang tamat sekolah Melayu berpendapatan rendah berbanding dengan berkelulusan Inggeris. Dasar pentadbiran Inggeris memanglah untuk mendidik anak-anak Melayu supaya terus duduk di kampong. Pentadbir Inggeris juga bimbang bahawa meraka yang berpendidikan Inggeris akan bercita-cita tinggi serta akan timbul kesedaran politik dan hak-haknya.

Dengan menggunakan dasar pecah dan perintah di kalangan orang Melayu, sebuah sekolah raja yang berasrama penuh di bina di Selangor pada tahun 1890. Sekolah ini hanya dibuka kepada anak-anak raja sahaja. Empat tahun kemudian sekolah ini terpaksa ditutup. Pada tahun 1905, Maktab Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan.

Dengan ini jelas, dasar pentadbiran Inggeris ialah untuk menjaga kepentingan mereka sendiri. Pendidikan yang dibekalkan adalah setakat empat tahun sahaja, kecuali di tahap latihan perguruan. Orang Melayu tidak digalakkan ke Bandar dan dengan itu, cuba memisahkan orang Melayu daripada kemajuan perbandaran dan perindustrian. Dasar pendidikan seperti ini menimbulkan pelbagai masalah sosioekonomi sehingga terdapat jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin.

2.0  Sekolah Cina

Orang Cina ramai di lombong-lombong bijih timah di Perak dan Selangor. Ramai juga terdapat di Negeri-negeri Selat sebagai peniaga. Sekolah cina pertama dimulakan di Melaka pada tahun 1815 oleh sekumpulan mubaligh dari Persatuan Mubaligh London. Pengajaran bahasa Cina dibuka oleh individu Cina, persatuan Cina daerah, persatuan suku kaum dan jabatan pentadbir. Individu dan persatuan-persatuan tersebut memberikan derma bulanan. Dalam hal pembinaan sekolah Cina, pentadbiran Inggeris bersikap tidak mahu campur tangan, malahan menentang keras pembiayaan untuk pembinaan sekolah Cina. Kurikulum sekolah berbentuk klasik lama. Murid-murid juga mempelajari kaligrafi (tulisan tangan yang cantik) dan kira-kira. Biasanya rumah digunakan sebagai sekolah. Dialek tempatan digunakan sebagai bahasa pengantar.

Sejak tahun 1901, sekolah-sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan dari negera China di bawah pemerintahan Manchu. Guru-guru juga dibawa dari Negara China. Kurikulum baru dimulakan. Pelajar-pelajar belajar teks klasik lama, Sejarah, Ilmu Alam, Sains, Pendidikan Moral, Bahasa Cina, Nyanyian, Latihan Jasmani dan Lukisan. Apabila tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1911, kerajaan tersebut member bantuan kewangan pada sekolah-sekolah Cina di Negara ini. Ideologinya terus diserapkan ke dalam kurikulum sekolah-sekolah Cina.

Pada tahun 1914 dan 1915, wakil-wakil dari Negara China dihantar untuk melawat sekolah-sekolah Cina di Asia Tenggara. Berikutan dengan lawatan ini, sebuah sekolah Cina dibina di Nanking (pada tahun 1918) untuk melatih guru-guru yang berkhidmat di sekolah Cina di seberang laut. Bilangan sekolah Cina pun meningkat.

Pada Mei 1919, satu reformasi kebudayaan berlaku di Negara China. Ekoran ini, sekolah-sekolah Cina di Tanah Melayu mula menggunakan bahasa Mandarin yang juga telah menjadi bahasa pengantar rasmi di Negara China.

Dengan adanya bantuan kewangan, pengaruh politik parti nasional, iaitu Kuomintang, terus berkembang di sekolah-sekolah Cina.

Sementara itu, pentadbiran Inggeris menyedari bahaya pengaruh ideology kerajaan China terhadap kaum Cinadi sini. Pada tahun 1920, Enakmen Pendaftaran Sekolah diwujudkan. Tujuan utamanya untukmengawal perkembangan sekolah-sekolah Cina. Antara kandungan Enakmen Pendaftaran Sekolah:

  1. Pengarah pelajaran berkuasa untuk menutup sebarang sekolah yang tidak mematuhi peraturan berkaitan dengan kurikulum,pentadbiran dan keadaan kesihatan yang ditetapkan oleh pentadbiran British.
  2. Semua guru serta pentadbirannnya hendaklah didaftar dan diselia oleh pengarah pelajaran.
  3. Setelah didaftar di bawah enakman tersebut, sekolah-sekolah Cina itu akan diberi bantuan oleh kerajaan Inggeris. Sekolah-sekolah yang layak mendapatkan bantuan ialah yang menggunakan dialek tempatan sebagai bahasa pengantar. Sekolah yang menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantarnya dianggap sebagai agen kerajaan China.

Enakmen ini dipandang oleh masyarakat Cina sebagai sesuatu yang mencabuli hak asasi orang Cina dalam pengurusan sekolah. Dengan itu, masyarakat Cina membantah enakmen tersebut. Tetapi rancangan pendaftaran itu diteruskan juga oleh pentadbiran Inggeris. Berikutan tindakan tegas ini, hamper 315 buah sekolah dibatalkan pendaftrannya di antara tahun 1925 dan 1928.

Pada tahun 1929, tindakan-tindakan yang lebih ketat dikenakan ke atas sekolah Cina oleh Gabenor Cecil Clementi. Tindakan-tindakan yang keras itu termasuklah perlantikan guru sekolah Cina daripada kalangan orang tempatan iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu, dan pengharaman buku teks yang mengandungi unsure anti- Inggeris.

Satu pindaan dibuat kepada enakmen tersebut pada tahun 1925, yang membolehkan pengarah pelajaran membatalkan pendaftaran seseorang guru yang aktivitinya dianggap subvertif. Kawalan terhadap sekolah-sekolah Cina nampaknya kurang berkesan. Pada tahun 1932, bantuan kewangan kepada sekolah-sekolah Cina dihentikan disebabkan kemelesetan ekonomi. Bantuan kewangan disambung semula pada tahun 1935. Dasar pendtadbiran Inggeris seperti ini, secara langsung atau tidak langsung akan mewujudkan jurang pendidikan antara anak-anak Melayu dan Cina.

3.0     Sekolah Tamil

Sekolah-sekolah Tamil mula dibina di estet-estet kopi, kelapa, gula dan getah. Kebanyakan pekerja bertutur bahasa Tamil dan dengan itu, sekolah yang dibuka die stet menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantarnya. Pentadbiran Inggeris mewajibkan tuan punya estet untuk menyediakan sekolah Tamil. Ini juga merupakan dorongan bagi pekerja-pekerja India dating ke Negara ini.

Selain daripada majikan, sekolah Tamil juga dibina oleh mubaligh Kristian dan individu-individu yang berkemampuan. Pendidikan di sekolah Tamil juga terhad kepada peringkat dasar atau sekolah rendah. Kurikulum serta gurunya didatangkan dari India.

Sejak tahun 1902, kerajaan Inggeris mula member kemudahan untuk menubuhkan sekolah Tamil sama ada die stet atau di Bandar, khasnya untuk anak pekerja di Jabatan Kereta Api dan Kerja Raya.

Menjelang tahun 1920, jumlah murid sekolah Tamil di persekutuan adalah lebih kurang 4000 orang. Pada tahun 1925,Kod Buruh dikuatkuasakan dan setiap estet yang mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajibkan untuk menyediakan sekolah dan guru bagi kanak-kanak itu. Kod buruh ini kelasnya dapat menambahkan lagi bilangan sekolah Tamil di estet.

Sedikit peruntukan wang tahunan juga diberikan kepada sekolah Tamil. Wang ini diberikan berdasarkan pencapaian murid dalam peperiksaan serta kehadiran mereka.

Agar sistem sekolah Tamil bertambah baik, seorang Nazir Sekolah tamil dilantik pada tahun 1930 untuk tujuan penyeliaan dan pengawasan. Jawatan tersebut dimansuhkan pada tahun 1932. Selepas itu, sekolah Tamil hanya bertujuan untukmembasmi buta huruf di kalangan kanak-kanak estet. Apabila ekonomi dunia pulih, kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk melatih guru-guru sekolah Tamil dimulakan pada tahun 1936. Pada tahun 1938, Nazir Sekolah Tamil dilantik semula dan peruntukan wang bagi sekolah Tamil ditambah lagi

Dasar pemerintahan Inggeris terhadap sekolah Tamil terus menambahkan lagi jurang pendidikan antara tiga kaum utama di Negara kita iaitu Melayu, Cina dan India.

4.0  Sekolah Inggeris

Semasa penjajahan Inggeris, sekolah Inggeris terdiri daripada dua jenis, iaitu free school, yang mendapat bantuan daripada kerajaan, dan sekolah Inggeris separa bantuan, yang dimulakan oleh badan mubaligh Kristian dengan bantuan kewangan daripada kerajaan.

Free school dinamai sedemikian bukan kerana tidak dikenakan bayaran yuran, tetapi kerana ia terbuka kepada murid dari semua bangsa tanpa mengira kaum dan taraf sosioekonomi. Penang Free School merupakan free school yang ulung, dimulakan pada tahun 1816 atas inisiatif Rev. R. Hutchings. Mulai tahun 1891, sekolah tersebut mula menyediakann pendidikan sekolah menengah. Pada tahun 1920, sekolah tersebut diambil alih oleh kerajaan.

Pada tahun 1923, sebuah lagi free school ditubuhkan di Singapura. Sekolah ini dikenali sebagai Raffles dan ditukar namanya kepada Raffles Institution pada tahun 1863. Pada tahun 1826, sebuah lagi free school ditubuhkan di Melaka. Sekolah ini dikenali sebagai Malacca Free School; kemudiannya ditukar kepada Sekolah Tinggi Melaka. Sekolah ini merupakan sekolah Inggeris pertama yang menjadi sekolah kerajaan. Antara free school yang lain ialah Sekolah Victoria, Kuala Lumpur yang dimulakan pada tahun 1894 dan Sekolah King Edward VII, Taiping yang ditubuhkan pada tahun1906.

Golongan sekolah-sekolah separa bantuan lebih dikenali sebagai sekolah mubaligh. Sekolah-sekolah Inggeris ini ditubuhkan serta dibiayai oleh Persatuan Mubaligh London, Mubaligh Methodist, Gereja England dan Mubaligh Roman Katolik. Semua kanak-kanak, tanpa mengira bangsa atau agama, boleh memasuki sekolah mubaligh. Sekolah-sekolah ini bertujuan untuk menyediakan pendidikan am serta memperbaik akhlak mengikut ajaran agama Kristian.

Sekolah Inggeris hanya terdapat di Bandar. Walaupun permohonan dibuat untuk menubuhkan sekolah Inggeris di kawasan luar Bandar, ia ditolak kerana bertentangan dengan dasar pentadbiran Inggeris. Disebabkan orang Melayu terikat dengan undang-undang untukmenghantar anak-anak mereka ke sekolah Melayu, maka ramai orang Melayu tidak berpeluang memasuki sekolah Inggeris. Walau bagaimanapun, pada penghujung tahun 1930-an, melalui cara peperiksaan, pelajar-pelajar Melayu dipilih memasuki sekolah Melayu khas (special malay class) setelah tamat empat tahun pendidikan dasar Melayu. Selepas dua tahun dalam kelas Melayu khas, murid berkenaan dinaik ke tahun empat di sekolah dasar Inggeris. Walaupun begitu, hanya sebilangan kecil sahaja anak-anak Melayu yang dapat memasuki sekolah dasar Inggeris kerana terlebih umur dan juga kerana sekolah Inggeris terletak di Bandar. Lantaran itu, ramai murid Cina dan India berpeluang ke sekolah Inggeris. Lagipun, sekolah Melayu hanya menyediakan pendidikan dasar, manakala sekolah Inggeris dan Cina telah mula menyediakan pendidikan menengah.

Keadaan pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris disengajakan oleh pentadbiran Inggeris untuk meneruskan dasar mentadbir secara pecah dan perintah. Dengan dasar tersebut, anak-anak Melayu dikekalkan di desa, manakal yang bukan Melayu ditadbir secara berasingan. Situasi seperti ini mewujudkan berbagai-bagai kesulitan dari segi sosioekonomi. Tambahan lagi, terdapat berbagai-bagai bantahan daripada kaum bukan Melayu apabila cubaan dibuat untuk menyatukan semua sekolah vernacular iaitu Melayu, Cina dan India.

Laporan Cheeseman

Laporan Cheeseman merupakan antara langkah yang diambil oleh pihak British untuk membina semula sistem pendidikan di Negara ini selepas pendudukan Jepun. Antara cadangan utama laporan tersebut ialah:

  1. Semua kanak-kanak tidak perlu membayar yuran jika mereka menghadiri sekolah vernacular di peringkat rendah.
  2. Semua pelajar di sekolah rendah berpeluang mempelajari bahasa Inggeris.
  3. Sekolah menengah terdiri daripada dua jenis sahaja.
  4. Pendidikan vokasional sepertimana yang termaktub dalam Laporan Pelajaran 1938 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya.

Tujuan laporan tersebut ialah untuk membina semula sistem pendidikan. Selain itu, ia juga berhasrat untuk mengembangkan setiap sistem persekolahan. Perpaduan kaum tidak disentuh langsung. Walau bagaimanapun, syor-syor Laporan Cheeseman tidak dilaksanakan kerana kerajaan sibuk membina semula sekolah yang telah musnah.

Laporan Barnes

Pada tahun 1949, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah vernacular, iaitu sekolah Melayu, sekolah Cina dan sekolah Tamil. Laporan yang disediakan oleh jawatankuasa tersebut dikenali sebagai Laporan Barnes dan bertujuan untuk membubarkan sistem sekolah vernacular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Sekolah tersebut menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya. Satu daripada bahasa tersebut akan digunakan sebagai bahasa kedua. Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan terus diajar sebagai mata pelajaran sahaja di sekolah. Rasional yang digunakan untuk menukarkan bahasa pengantar kepada bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ialah untuk mencapai perpaduan di kalangan kanak-kanak berbilang kaum. Cadangan-cadangan utama lain dalam Laporan Barnes termasuk:

  1. Pembinaan sekolah vokasional yang moden.
  2. Pembinaan maktab perguruan berasrama untuk pemegang Sijil Persekolahan.
  3. Penubuhan Jemaah Nazir Persekutuan.
  4. Penubuhan Penguasa Pelajaran Tempatan untuk mengembangkan pendidikan sekolah rendah.
  5. Di semua sekolah rendah kebangsaan, pendidikan adalah percuma bagi semua kanak-kanak dari Darjah 1 hingga Darjah 6. Sekolah kebangsaan tersebut ditanggung oleh kerajaan dan Lembaga Pelajaran Tempatan.
  6. Selepas sekolah rendah kebangsaan, murid-murid boleh melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan bahasa pengantarnya ialah bahasa Inggeris.
  7. Kurikulum hendaklah menekankan mata pelajaran seperti Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumah Tangga.

Laporan Fenn-Wu

Pada tahun 1951, dua penasihat dari Negara China telah dijemput untuk mengkaji pendidikan Cina di negara ini. Kedua-dua penasihat itu ialah Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu The Yau. Tujuan utama jawatankuasa tersebut ialah untuk merapatkan jurang antara sekolah Cina dengan sistem pendidikan yang bercorak perpaduan. Di samping itu, jawatankuasa tersebut juga member bimbingan tentang penyediaan buku-buku teks sekolah Cina yang seharusnya mengandungi unsure-unsur kehidupan di Taman Melayu. Hasil kajian Laporan Fenn-Wu adalah seperti berikut:

  1. Jika kaum Cina memilih untuk menguasai ketiga-tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris, amalan ini hendaklah digalakkan oleh kerajaan Inggeris.
  2. Di Persekutuan Tanah Melayu, sistem pendidikan hendaklah menghala kea rah matlamat membentuk identiti kebangsaan. Matlamat sekolah hendaklah menyediakan kanak-kanak supaya menempuh semua bidang kehidupan berlandaskan latar belakang kehidupan masyarakat mereka.
  3. Apa sahaja tindakan untuk memaksa rakyat berbilang kaum supaya mempelajari satu atau dua bahasa sahaja akan mengancam perpaduan kaum.
  4. Kekurangan guru terlatih bagi sekolah Cina.
  5. Penubuhan maktab perguruan untuk melatih guru sekolah Cina amat diperlukan. Maktab ini hendaklah menjalankan kursus-kursus dalam perkhidmatan di hujung minggu.
  6. Bantuan kewangan untuk sekolah Cina hendaklah ditambah.
  7. Buku-buku teks sekolah Cina, terutamanya dari Negara China atau Hong Kong hendaklah diselidiki dan dibaiki dengan dimasukkan unsur-unsur masyarakat tempatan.
  8. Pengajaran bahasa, iaitu bahasa Cina, bahasa Inggeris dan Melayu hendaklah diperbaiki.

Ordinan Pelajaran 1952

Apabila didapati pandangan-pandangan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu itu berlainan,kerajaan Inggeris kemudian menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji kedua-dua laporan tersebut. Jawatankuasa khas ini mengemukakan cadangan-cadangan berikut:

  1. Dua jenis sistem persekolahan hendaklah ditubuhkan, satu jenis sekolah yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu jenis sekolah lain menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  2. Pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil akan disediakan jika terdapat 15 orang murid yang ingin belajar bahasa ibunda mereka.
  3. Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah Inggeris manakala bahasa Inggeris adalah wajib di sekolah Melayu.

Laporan Jawatankuasa Khas dibentangkan di Majlis Perundangan Persekutuan dan telah diluluskan pada bulan September dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1952. Ordinan tersebut menetapkan sekolah kebangsaan sebagai sistem pendidikan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, cadangan-cadangan Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana masalah kewangan. Dengan itu, satu lagi jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana cadangan-cadangan itu boleh dilaksanakan.

Kesimpulan

Kesimpulannya, boleh dikatakan bahawa antara tujuan utama di sebalik pendidikan semasa zaman penjajahan British ialah untuk:

  1. Memastikan penjajahan Inggeris berterusan.
  2. Mengekalkan eksplotasi ekonomi Negara ini.
  3. Memastikan bekalan tenaga kerja peringkat bawah untuk memenuhi keperluan British.
  4. Mengawal perkembangan semangat nasionalisme di kalangan penduduk tempatan.

Dengan dasar terbuka dan tidak campur tangan British, maka telah wujud lima jenis sistem persekolahan iaitu sekolah agama, sekolah Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Sistem pelbagai ini menjejaskan perpaduan kaum.

SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS ZAMAN BRITISH

Apabila Negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, sistem pendidikan turut berubah. Tujuan perubahan ini dilakukan adalah untuk melaksanakan pendemokrasian pendidikan. Peluang pendidikan diwujudkan untuk kanak-kanak yang telah mencapai umur tujuh tahun. Hasrat ini dapat direalisasikan dengan adanya Ordinan Pelajaran 1957. Sistem ini member jaminan bahawa kanak-kanak berhak mendapat pendidikan sekurang-kurangnya dalam tempoh enam tahun. Dengan itu, jelaslah kerajaan mengakui pendidikan sebagai satu hak asasi bagi semua penduduk Negara kita. Namun begitu, pelajar masih lagi dikehendaki membayar yuran persekolahan. Ini bermakna masih ada lagi kanak-kanak yang tidak berpeluang ke sekolah disebabkan kemiskinan.

Pelaksanaan Laporan-laporan Pendidikan

Sistem pendidikan yang diwarisi dari pihak British jelas tidak menggalakkan perpaduan kaum. Oleh yang demikian, tugas kerajaan di peringkat awal kemerdekaan ialah untuk mewujudkan satu sistem pendidikan tunggal yang boleh menyatukan semua sistem persekolahan yang berbeza-beza.

Penyata Barnes dan Penyata Fenn-Wu merupakan dua penyata utama peringkat awal, yang mengemukakan syor-syor kea rah mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan disatukan. Penyata Barnes mengesyorkan agar semua sekolah vernacular dimansuhkan dan digantikan dengan sekolah kebangsaan bagi semua kaum. Bahasa Melayu atau bahasa Inggeris akan digunakan. Satu daripada bahasa tersebut dijadikan bahasa kedua. Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan terus diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Sebaliknya, Penyata Fenn-Wu mengesyorkan supaya tiga bahasa, iaitu bahasa Melayu, Cina dan Inggeris digunakan di sekolah-sekolah. Satu lagi jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji syor-syor yang berlainan itu. Kemudian, Ordinan Pelajaran 1952 yang telah mengambil kira syor-syor dalam Penyata Barnes dan Fenn-Wu telah diluluskan. Konsep sekolah kebangsaan diterima, satu jenis yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi bahasa Inggeris.

Pada tahun 1955, Parti Perikatan telah mencapai kemenangan yang mengagumkan dalam pilihan raya. Secocok dengan janjinya untuk mewujudkan satu sistem pelajaran yang sama bagi semua penduduk, sebuah Jawatankuasa Pelajaran 1956 yang diketuai oleh Tun Abdul Razak telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini menghasilkan Penyata Razak 1956.

Penyata Razak

Penyata ini menekankan perpaduan kaum dan penghasilan tenaga kerja. Penyata Razak ini telah diterima oleh Majlis Perundangan Persekutuan dan disahkan Ordinan Pelajaran Tahunan 1957. Tujuan utama Penyata Razak adalah seperti berikut:

  1. Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  2. Untuk memenuhi keperluan Negara yang merdeka dan mengembangkan sistem pendidikan.
  3. Untuk melahirkan perpaduan antara kaum sebagai satu rumpun bangsa Tanah Melayu.
  4. Untuk merapatkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.
  5. Untuk mewujudkan satu sistem pengurusan pendidikan yang lebih cekap dan berkesan.
  6. Untuk menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.
  7. Untuk mewujudkan masyarakat yang berdisiplin, terlatih, bertoleransi, liberal dan progresif.

Kesan-kesan Pelaksanaan Syor-syor Penyata Razak adalah seperti berikut:

  1. Tertubuhnya Kementerian Pelajaran untuk melaksanankan sistem pentadbiran pendidikan secara berpusat.
  2. Penggunaan kurikulum dan gerak kerja kokurikulum yang seragam di semua sekolah di Negara ini.
  3. Aliran persekolahan dipelbagaikan untuk memenuhi keperluan Negara dan dengan itu wujudlah aliran akademik, aliran teknik dan aliran vokasional.
  4. Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama manakala bahasa Inggeris adalah bahasa rasmi yang kedua.
  5. Wujudnya peluang pelajaran yang lebih luas bagi pelajar-pelajar sekolah kebangsaan hingga ke pusat pengajian tinggi.
  6. Wujudnya satu jenis sekolah menengah, iaitu sekolah menengah kebangsaan bagi semua pelajar.
  7. Wujudnya peperiksaan awam yang sama iaitu peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran dan Sijil Persekutuan Tanah Melayu untuk semua calon sekolah menengah.
  8. Tertubuhnya Jemaah Nazir Bebas untuk menjamin mutu pelajaran yang tinggi.

Definisi Masyarakat

Masyarakat merupakan satu kelompok sosial di mana ahli-ahlinya duduk di satu kawasan tertentu dan hidup bersama untuk kepentingan bersama. Kelompok ini mempunyai pemimpin, peraturan-peraturan dan norma-norma tertentu. Ini kerana kerjasama tersebut dapat menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran serta kelicinan projek-projek kebajikan di sekolah. Hubungan antara sekolah dan masyarakatnya amat rapat dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Perhubungan yang sekian lama telah wujud membawa banyak kebaikan dalam proses mendidik anak-anak untuk menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, jasmani dan rohani. Oleh kerana hubungan antara sekolah dan masyarakat ini memainkan peranan penting dalam institusi pendidikan ini maka pengaruh masyarakat terhadap sekolah dapat dilihat dalam beberapa situasi berikut:

Masyarakat berubah mengikut zaman. Pada masa ini, masyarakat primitif hanya bergantung pada pertanian pindah telah banyak berubah menjadi masyarakat moden yang menggunakan pelbagai jenis benih yang cepat matang, lebih daya tahan penyakit dan serangan serangga perosak serta mendatangkan hasil yang lebih tinggi. Perubahan baru seperti ini seharusnya dibayangi oleh kurikulum sekolah di mana sains dan teknologi diberikan penekanan.

Masyarakat yang bergantung pada pertanian telah mempelbagaikan ekonomi agar dapat bergantung pada perindustrian dan perkhidmatan seperti pelancongan, bank dan insurans. Lanjutan ini, pelbagai mata pelajaran baru seperti Sains Pertanian, Kemahiran Hidup Bersepadu, Ekonomi Rumah Tangga mula diperkenalkan di sekolah.

Masyarakat berhasrat untuk melahirkan individu yang terbuka pemikirannya dan berani membuat sesuatu pendirian. Pengaruh ini jelas dilihat di sekolah di mana latihan disediakan untuk menghasilkan individu yang mampu berdikari.

Masyarkat yang mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran akan menyebabkan sekolah menyediakan ilmu pendidikan yang tinggi tarafnya.

Pemimpin-pemimpin yang berasal daripada masyarakat tentu sekali mempunyai pengaruh yang besar terhadap sekolah. Mereka akan menentukan jenis kurikulum dan bahasa pengantar yang perlu diikuti oleh murid-murid dalam masyarakat itu.

Setiap masyarakat mempunyai nilai-nilai dan norma-norma tertentu. Sekolah dalam satu-satu masyarakat itu tentu akan menyebarkan serta memupuk nilai dan norma yang sama. Contohnya, jika masyarakat itu amat menekankan kebendaan sebagai satu nilai, individu-individu yang bakal dihasilkan oleh sekolah dalam masyarakat itu juga bersifat materialistik.

Sekiranya sesebuah masyarakat itu sentiasa menjalani inovasi atau pembaharuan, sekolahnya juga akan melalui pembaharuan dan mendatangkan pelbagai jenis inovasi yang berfaedah.

Masyarakat yang mementingkan perhubungan dengan masyarakat lain di luar negeri juga mempengaruhi amalan di sekolah dalam masyarakat itu. Sekiranya sesebuah masyarakat itu selalu menganjurkan program yang melibatkan Negara-negara antarabangsa, begitu juga sekolah di dalam masyarakat itu. Murid-murid juga akan mengunjungi sekolah di negara-negara jiran dan antarabangsa untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.

Keadaan sosioekonomi satu-satu masyarakat tentu sekali akan mempengaruhi taraf pendidikan yang disediakan oleh sekolah. Masyarakat yang tinggi taraf hidupnya memang mampu melengkapi sekolahnya dengan pelbagai kemudahan komputer, makmal mata pelajaran, bengkel dan sebagainya. Dengan adanya pelbagai kemudahan yang moden dan mencukupi, mutu pendidikan yang disediakan itu adalah tinggi. Begitu juga sebaliknya jika masyarakat yang rendah taraf sosioekonominya tidak mampu menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut.

Masyarakat yang tidak mementingkan sosialisasi juga membayangkannya melalui sekolah yang disediakan. Sekiranya pergaulan dengan kaum lain bukan perkara yang dipentingkan, sekolah dalam masyarakat itu tidak menggalakkan sosialisasi di kalangan murid-muridnya.

Masyarakat yang mementingkan pendidikan tentu sekali akan berusaha akan menyediakan seberapa banyak sekolah yang mungkin agar dapat mengurangkan atau menghapuskan gejala buta huruf di kalangan anggotanya.

Masyarakat yang mempunyai cita-cita yang tinggi terhadap produktiviti dan pembangunan negara juga akan mempengaruhi aras aspirasi sekolahnya. Aras aspirasi sekolah yang tinggi akan menghasilkan individu-individu yang tinggi iltizam dan dedikasinya terhadap tugas.