Izanoriza

SETIAP SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA

KONSEP ID,EGO DAN SUPEREGO

Personaliti manusia dari aspek psikologi bermaksud corak tingkah laku, pemikiran dan emosi seseorang individu itu dan cara bagaimana interaksi berlaku antara sesame individu lain. Banyak teori telah cuba menerangkan tentang personaliti individu manusia. Antaranya ialah Sigmund Freud dengan teori psikoanalitik.

Mengikut Freud, minda manusia ini boleh dibahagikan kepada tiga komponen yang signifikan id, ego dan superego yang bekerjasama dalam membentuk personaliti seseorang individu itu. Rajah 1.0 menujukkan penerangan mengenai tiga komponen personaliti manusia.

Freud berpendapat personaliti manusia terdiri daripada tiga komponen di atas iaitu id, ego dan superego. Id merupakan bahagian personaliti tak sedar yang berfungsi sebagai stor penyimpanan untuk keinginan manusia (serupa dengan nafsu), dan didorong oleh tenaga libido untuk memotivasikan tingkah lakunya.  Id juga dikatakan komponen biologi yang mementingkan keseronokan dan wujud sejak lahir. Selain itu, id dianggap sebagai satu elemen struktur semulajadi, satu elemen yang diwarisi dan sedia ada di dalam diri manusia. Id merupakan satu gejala bawah sedar dan ia merupakan satu tenaga yang primitive. Id tidak teratur, tidak rasional dan penuh dengan orientasi berkehendakkan kepuasan.

Manakala ego pula mula wujud sejak bayi berusia 6 bulan, merupaka bahagian personaliti yang mengandungi pemikiran realistik dan logik yang tersusun, serta berfungsi mengawal id supaya keinginannya tidak melanggar nilai dan norma masyarakat. Ego dikatakan komponen psikologikal yang mengutamakan realiti dalam kehidupan. Ego berkembang secara berperingkat. Sebagai elemen pada tahap sedar, ego penuh dengan persepsi, inginkan kemajuan dan boleh menyesuaikan fungsinya mengikut keadaan.

Superego pula merupakan struktur ketiga di dalam pemikiran tingkah laku psikoanalisis. Superego lebih menyerupai hati nurani atau conscience seseorang individu. Superego juga dikatakan bahagian personaliti yang bermoral dan berkembang secara beransur-ansur oleh pengaruh persekitaran seperti didikan moral dan agama. Ia merupakan cabang moral dan mewakili perkara yang individu percaya tidak patut dilakukan. Mengikut Freud juga, superego berfungsi sebagai penghantar maklumat nilai moral kepada ego untuk bertindak mengawal id.

2 Comments

  1. info yang sangat menarik

  2. setiap individu ada tahap ego masing2… info yg menarik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: