Izanoriza

SETIAP SESUATU YANG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA

My Story

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sebelum saya memulakan bicara, setinggi-tinggi penghargaan kepada en eimiza iaitu tutor kami yang telah mengajar kami lab teknologi dan inonasi dalam pendidikan. Disebabkan ilmu yang telah diturunkan ini maka dapatlah saya menjadi salah seorang dari jutaan blogger yang ada di dalam dunia ini. Saya sangat gembira kerana memang selama ini saya mahu belajar membuat blog sendiri tetapi saya agak buta IT sedikit. Alhamdulillah banyak ilmu yang telah dicurahkan.

Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Semabok,Melaka dari darjah 1 hingga darjah 6. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kota sehingga mendapat keputusan SPM. Saya adalah pelajar jurusan sains tulen yang hanya beberapa kerat sahaja di sekolah pada ketika itu. Saya menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Melaka menjadi perintis di kolej itu pada tahun 1999. Setelah tamat matrikulasi saya melanjutkan pelajaran di UiTM Shah Alam di dalam jurusan Kejuruteraan Kimia. Setelah 4 tahun berhempas pulas akhirnya saya berjaya mengenggam segulung ijazah dalam jurusan kejuruteraan.

Setelah tamat belajar, saya telah bekerja sebagai jurutera proses di sebuah kilang pembuatan ‘multilayer printed circuit board’ ¬†dimana saya bertanggungjawab terhadap semua proses plating. Saya telah berkhidmat selama 3 tahun di kilang tersebut dan mendapat banyak pengalaman dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja. Kepuasan pelanggan adalah kunci kepada pekerjaan.

Dalam keadaan ekonomi yang gawat pada tahun 2007 dan 2008, saya telah memilih untuk berhenti kerja. Oleh kerana tiada permintaan untuk tenaga kerja terutama di dalam perindustrian, saya memilih untuk menjadi guru ganti. Beberapa bulan kemudian saya ditawarkan sebagai guru GSTT. Lama kelamaan minat dalam bidang ini semakin bercambah dan saya pun memohon KPLI dan DPLI untuk menjawat pekerjaaan ini secara tetap. Namum kecewa kerana tahun demi tahun tidak juga sangkut untuk menjadi guru.

Akhirnya, berita gembira untuk GSTT telah diumumkan oleh TPM kita Tan Sri Muhiddin Yassin di Beufort, Sabah pada bulan oktober 2011. Pengumuman itu menyatakan bahawa kami akan diberikan latihan di IPTA secara sepenuh masa supaya kami dapat diserapkan ke jawatan tetap. Namun GSTT mestilah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan dokumen tertentu perlu diserahkan untuk pemilihan.

MAKA, DISINILAH SAYA PADA HARI INI, DI UPSI UNTUK MENDAPATKAN DPLI SEPERTI YANG DIHASRATKAN….WE LOVE UPSI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: